Share

YOU CAN EASILY RECOGNIZE THEM (56:7) BY WHAT THEY ARGUE (KORAN 47:30)

SHARE

2. Al-Alaq (batasan keseimbangan)

Bahagian pertama Allah mengingatkan perjanjian dan menuntut manusia memikul tanggung-jawab melaksanakan kajian ke atas penciptaan. Kini Allah menjelaskan faktor mereka menjadi lalai kepada realiti sebenar kerana cepat berpuas hati dengan kehidupannya:

(كلا) Sebaliknya! (ان) Sungguh (الانسن) manusia (ليطغى) tetap melampaui batas (96.6). (ان) Kerana (رءاه) melihat dirinya (استغنى) serba cukup (96.7). (ان) Sesungguhnya (الى) kepada (ربك) Tuhanmu (الرجعى) tempat kembali (96.8).

Kelalaian manusia

Perkataan ' Sebaliknya ' dimasukkan selepas keterangan bahagian pertama, iaitu bertentang arahan awalnya. Oleh itu ianya menyokong fakta kebanyakan manusia tidak memikul tanggung-jawab melaksanakan kajian kerana merasa dirinya cukup selesa. Mereka merasakan tiada sebarang ikatan untuk memelihara alam, dan tiada keperluan menerokai kebenaran; Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda  bagi orang-orang yang berakal (3.190).

Inilah perbezaan manusia dan binatang kerana manusia sentiasa menerokai kehidupannya. Sebaliknya ramai tidak berbuat apa-apa sehinggalah kematian menjemput mereka. Setiap hari pergi kerja balik kerja, makan dan tidur menantikan kematian. Inilah situasi paling buruk kerana manusia tidak mengharungi kegagalan hidup, dan tidak juga merentasi kejayaan hidup. Tetapi stagnant tanpa perubahan. Situasi apakah yang lebih buruk daripada situasi tiada satu apa pun berlaku dalam kehidupan? Kekal seumpama orang mati dan tidak mempelajari sesuatu apa pun dari kehidupan? Situasi pintu hidayah ditutup?

Melampaui batasan

Akibat sikap sebegini maka segala ilmu dan manfaat yang disediakan bagi mempelajari keseimbangan dan mengambil manfaat darinya untuk bekalan akhirat telah disia-siakan. Manusia menjadi golongan yang lalai; Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini” (7.172).

Rasional Kehidupan

Kini dan jika manusia merenungi kembali, persoalan di sini ialah apakah asas untuk manusia dipertanggung-jawabkan mematuhi perintah Allah?

Adakah ianya secara percuma? Sudah tentulah tidak... segala yang dipertanggung-jawabkan adalah berdasarkan perjanjian sukarela kedua pihak.Ianya bukanlah tidak berasas dan Allah tidak sedikit pun menzalimi hamba-hambaNya; Allah tidak sekali-kali menganiaya sekalipun seberat zarah (4.40).

Begitulah juga yang berlaku pada kaum sebelumnya. Hubungan Allah dan manusia berasaskan ikatan perjanjian dua pihak; Patutkah dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman (2.100); Orang-orang yang merombak perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi (2.27). Ayat 7.172 menerangkan perjanjian di antara manusia dan Allah.

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (33.72)

Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri: “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar, kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang ini”. (7.172)

Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”. (2.38)

Allah telah memenuhi perjanjian apabila mencipta segala-galanya bagi memudahkan kehidupan manusia. Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya; Allah tidak akan menyalahi janjiNya (2.80), dan segala yang diciptakan bertujuan memudahkan serta menggembirakan manusia. Allah menciptakan matahari, bulan, dan bintang untuk mencantikan langit dan menenangkan hati manusia sesudah penat bekerja. Allah mencipta tumbuhan dan binatang untuk memenuhi keperluan manusia. Sememangnya tidak terkira ciptaan Allah. Segalanya sebagai memenuhi perjanjian sebagai Tuhan sekalian Alam; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? (9.111).

Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang? Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki? Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh? Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya? Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya? Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan, Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar); Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas, Dan gunung-ganang – setelah dihancurkan – diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir. Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.(78.6-22)

Persoalannya kini ialah bilakah pula manusia akan memenuhi janjinya? Oleh itu dan sebagai balasan, manusia hendaklah tidak menyekutukan Allah, iaitu berserah diri mentaati bulat-bulat segala perintah di dalam al-Quran. Mereka hendaklah mencari ilmu agar dapat menemukan jalan yang lurus dan benar; Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”. Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri)". (15.39-42).

Manusia hendaklah menggunakan akal supaya memahami segala tanda yang dapat memberi manfaat serta membimbing mereka untuk lebih mengenali Allah; Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. (41.53).

Manusia dituntut agar tidak mensia-siakan segala ilmu dan manfaat yang terdapat pada ciptaan Allah. Menjauhi cara hidup yang mensia-siakan akal fikiran dan enggan memahami satu apa pun dengannya; Bandingan orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran. (14.18). Inilah yang dimaksudkan dengan bersyukur; Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur (23.78).

Orang-orang yang memikirkan (penciptaan) Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit dan bumi (dan selepas penelitian dan eksperimen, mereka mengaku): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. (3.191)

Bagi saya, inilah batasan dimaksudkan melalui keterangan manusia tetap melampaui batas kerana melihat dirinya serba cukup. Keterangan sesungguhnya kepada Tuhanmu tempat kembali pula merujuk kepada tanggung-jawab manusia di bawah perjanjian, yang mana akan diperhitungkan pada hari akhirat. Semua ini sekadar pendapat peribadi semata-mata. Oleh itu janganlah percaya bulat-bulat dan kajilah sendiri apa yang terbaik untuk diri sendiri; oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu. (Iaitu orang)  yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (sebagai cara kehidupan); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (39.17-18)

......................................

Bahagian pertama Allah mengingatkan perjanjian dan menuntut kajian ke atas al-Quran dan penciptaan. Kini Allah menjelaskan manusia mudah merasa berpuas hati dengan kehidupannya dan menjadi lalai kepada realiti sebenar:

(كلا) Sebaliknya! (ان) Sungguh (الانسن) manusia (ليطغى) tetap melampaui batas (96.6). (ان) Kerana (رءاه) melihat dirinya (استغنى) serba cukup (96.7). (ان) Sesungguhnya (الى) kepada (ربك) Tuhanmu (الرجعى) tempat kembali (96.8).

Curiousity

Pada bahagian ini Allah menerangkan kebanyakan manusia gagal memenuhi janjinya kerana merasa tidak terikat kepada sebarang tanggung-jawab. Perkataan Sebaliknya dimasukkan selepas keterangan Bahagian 1. Ianya menyokong fakta kebanyakan manusia tidak mahu berusaha mengkaji ciptaan Allah...tiada perasaan ingin tahu untuk meneroka kebenaran. Kebanyakannya mengambil jalan hidup yang mudah dan enggan memikirkan tanda-tanda yang terdapat pada ciptaan Allah; Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda  bagi orang-orang yang berakal (3.190).

Kebanyakan manusia merasa cukup dan berpuas hati dengan kehidupan hari ini serta merasa tidak lagi perlu berusaha mencari ilmu.. tiada lagi perasaan ingin tahu. Pergi kerja balik kerja, makan dan tidur menantikan kematian. Situasi paling buruk dalam kehidupan kerana tidak mengharungi kegagalan hidup, tidak juga merentasi kejayaan hidup... tetapi stagnant tanpa sebarang perubahan. Situasi apakah yang lebih buruk daripada situasi tiada apa pun yang berlaku dalam kehidupan? Stagnant seumpama orang mati dan tidak lagi mempelajari (hidayah) apa-apa daripada kehidupan? Pintu hidayah ditutup? Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya). (8.22)

Akibat daripada sikap sebegini, segala ilmu dan manfaat yang telah Allah sediakan bagi mempelajari keseimbangan hidup serta menyedarkan mereka ke atas tanggung-jawab mereka di bawah perjanjian telah disia-siakan begitu sahaja. Mereka menjadi golongan yang lalai; Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini” (7.172).

Kini dan jika manusia merenungi kembali, persoalan di sini ialah apakah asas untuk manusia dipertanggung-jawabkan mematuhi perintah Allah? Adakah ianya secara percuma? Sudah tentulah tidak... segala yang dipertanggung-jawabkan adalah berdasarkan perjanjian sukarela kedua pihak.Ianya bukanlah tidak berasas dan Allah tidak sedikit pun menzalimi hamba-hambaNya; Allah tidak sekali-kali menganiaya sekalipun seberat zarah (4.40).