Share

YOU CAN EASILY RECOGNIZE THEM (56:7) BY WHAT THEY ARGUE (KORAN 47:30)

SHARE

1. Al-Alaq (perjanjian & pengkajian)

Terdapat empat bahagian surah al-Alaq. Ayat 1-5 adalah bahagian pertama dan mengingatkan kembali perjanjian serta menuntut perbandingan di antara keterangan al-Quran dan bukti-bukti Allah telah memenuhi janji-Nya. Inilah yang berulang-ulang kali dinyatakan dalam al-Quran.

Bahagian kedua menceritakan sifat manusia yang mudah berpuas hati dengan kehidupannya menjadikan mereka tidak memikul tanggung-jawab memajukan diri bagi mencapai keseimbangan dan manfaat sebenar.

Bahagian ketiga menceritakan golongan yang mendustakan al-Quran. Dan bahagian terakhir menegaskan supaya manusia teguh mematuhi perintah Allah dalam apa jua keadaan. Supaya mereka terus berusaha mendekati Allah melalui penelitian hukum alam secara lebih mendalam.

Rumusan
(اقرا) Bacalah (Kajilah) (باسم) dengan nama (keterangan/sifat) (ربك) Tuhanmu (الذى) yang (خلق) menciptakan (memenuhi janji-Nya) (96.1). (خلق) Menciptakan (Memenuhi janji-Nya) (الانسن) manusia (من) dari (علق) segumpal darah (sebelum kehidupan/tanggung-jawab) (96.2). (اقرا) Bacalah Kajilah (وربك) dan Tuhanmu (الاكرم) Maha Pemurah (manfaat daripada penciptaan) (96.3). (الذى) Yang (علم) mengajar (membuktikan) (بالقلم) melalui pena (penciptaan alam) (96.4). (علم) Mengajarkan (الانسن) manusia (ما) apa (لم) tidak (يعلم) diketahuinya (96.5). (rujuk teks asal)

Pemerhatian awal

Bagi saya keterangan ini mengingatkan kembali perjanjian manusia bersama Allah pada 7.172 di bawah.
Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri: “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar, kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai tentang ini”. (7.172)

Tafsiran kebiasaan supaya Rasulullah membaca al-Quran kurang menetapi sekiranya dibaca bersama ayat selepasnya dan konteks keseluruhan penceritaan. Tiada al-Quran pada masa itu. Bukankah lebih sesuai dimulakan dengan ' Ucapkanlah ' atau ' Ikutilah ' ? Selainnya adakah ini boleh dianggap mesej paling utama yang perlu dimulai dan menjadi asas untuk menuntut manusia memikul tanggung-jawab mematuhi perintah Allah?

Pihak-pihak

Bagi saya terdapat tiga pihak di sini, Tuhanmu, Hamba (96.10) dan Pelampau (96.6). Inferens dari perkataan ' Hamba ' merujuk kepada perjanjian di antara Allah dan manusia (The Covenant) . Inilah yang masyarakat Arab dan hamba abdi pada zaman itu memahaminya. Sebagai satu ikatan. Pelampau pula merujuk kepada golongan yang melanggar perjanjian, iaitu the Contraveners. Inilah pihak-pihak yang terlibat.

Begitulah juga sepertimana perjanjian hari ini; cth. Seller and Purchaser, Guarantor dan Guarantee etc. Gelaran yang digunakan menceritakan tanggung-jawab pihak-pihak di bawah perjanjian. Sama keadaannya seperti hari ini, ' Hamba ' itu membuktikan terdapatnya satu ikatan berbentuk Perjanjian.  Oleh itu keterangan di sini bertujuan mengingatkan kembali perjanjian manusia dan Allah.

Sehubungan itu mesej utama yang hendak disampaikan ialah Allah telah memenuhi janji-janji-Nya. Segalanya telah siap diciptakan bagi memudahkan dan menggembirakan kehidupan manusia. Oleh itu tibalah masanya manusia memikul tanggung-jawab membuat perbandingan di antara keterangan al-Quran dan bukti yang terdapat pada penciptaan alam. Bukti-bukti ini akan menunujukkan Allah memenuhi perjanjian-Nya sebagai Tuhan. Keyakinan yang diperolehi akan menjadi asas kepada manusia memikul tanggung-jawab mematuhi perintah Allah. Inilah asas hubungan Allah dan Hamba, Perjanjian. The Covenant.

Kajilah

' Bacalah ' bermaksud kaji, selidiki, siasat, terokai, penemuan. ' Dengan nama ', iaitu ' dengan keterangan ' Allah, atau ' dengan sifat .' Sifat ' Yang menciptakan '. Iaitu telah menunaikan janji-Nya. Penciptaan membawa inferens tuntutan ke atas manusia supaya menjadi pengkaji, pakar dan saintis supaya mampu memahami maksud-maksud bukti daripada ciptaan Allah. Supaya mampu memahami bentuk, corak dan konsistensi 'Yang Satu' dalam semua ciptaan-Nya. Semua ini adalah tuntutan mengkaji Sains Sunnatullah.



Orang-orang yang memikirkan (penciptaan) Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit dan bumi (dan selepas penelitian dan eksperimen, mereka mengaku): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. (3.191)
Perbuatan manusia memikul tanggung-jawab mengkaji ciptaan-Nya menjadikan segala itu tidak disia-siakan dan dapat dimanfaatkan. Mereka akan menjadi golongan yang bersyukur dan membawa manfaat sebenar kepada manusia sejagat.  Semua ini akan menjadi asas kepada iman sebenar. Keimanan yang tiada lagi sebarang keraguan. Ianya bukanlah sangkaan atau secara menipu diri semata-mata. Maka itu manusia memerlukan ilmu dan kemahiran yang membolehkan mereka menerokai kehidupan dan mengambil manfaat daripadanya. Ini yang saya faham.

Sifat golongan tidak beriman

Sekarang kita telah melihat sifat golongan beriman. Maka itu kita boleh memahami sifat golongan tidak beriman melalui sifat berlawananannya. Golongan beriman adalah mereka yang bersifat positif. Positif di sini bukanlah seperti yang kita faham pada hari ini. Tidak semua orang dapat ceria dan tersenyum setiap masa tanpa sebab munasabah. Positif menurut al-Quran bermaksud mereka tidak putus asa dan tetap teguh berada pada jalan yang benar. Inilah penerangan yang diberikan dari al-Quran.

Sebaliknya, golongan tidak beriman adalah golongan bersikap negatif dan memilih jalan kemungkaran untuk hidup senang di dunia. Mereka berputus asa daripada rahmat Tuhan dan memilih jalan mengingkari perintah Allah. Akibatnya mereka menjadi golongan yang buta tuli dan mensia-siakan kehidupannya. Mereka menjadi golongan yang pekak buta dan bisu, serta tidak mahu memahami apa jua dengan akal fikirannya; Mereka pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (2.18).

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (7.179)

Bermulanya tanggung-jawab

' Segumpal darah ' merujuk kepada peralihan dua alam. Iaitu perjalanan manusia daripada alam roh ke alam dunia. Setelah manusia memasuk alam dunia, maka bermulalah tanggung-jawab manusia untuk memenuhi janjinya kepada Allah. Ianya juga membuktikan Tuhan telah menunaikan janji-Nya semenjak manusia dari segumpal darah lagi.

Semasa kelahiran, manusia adalah suci dari syirik dan dosa. Kemudian mereka dijadikan serendah-rendah makhluk kecuali golongan yang tetap beriman dan beramal soleh menurut al-Quran (95.4-6). Sehubungan itu manusia perlulah sentiasa menyucikan dirinya dengan mematuhi perintah Allah dan agar mereka sentiasa suci sepertimana bayi yang baru dilahirkan. Kembali seperti asal kejadian.

Pengajaran Kasih Sayang & Bersatu

' Maha Pemurah ' dan mengajar manusia melalui ' pena ' menceritakan bagaimana Allah memenuhi janji-Nya kepada manusia di atas Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Bukanlah berasaskan benar atau salah tetapi atas dasar memberi petunjuk supaya semuanya kembali dengan sejahtera. Inilah yang perlu difahami oleh manusia, dan perlu diamalkan dalam kehidupannya. ' Pena ' pula menggambarkan Pengarang yang menulis kisah kehidupan, iaitu Pemilik, Pencipta.

Hidayah

' Mengajar manusia apa tidak diketahuinya ' ini menceritakan pemahaman kepada realiti sebenar adalah dalam kekuasaan Allah. Ianya merujuk kepada hidayah.  Perkataan yang digunakan pada 7.172 adalah ' lalai '; 'Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai tentang ini”. (7.172).

Lalai itu bukanlah sesuatu yang baru diketahui, tetapi sesuatu yang telah diketahui tetapi dilupakan. Semuanya ini adalah memori. Memori roh manusia yang telah melihat, mendengar dan berbicara dengan Allah. Memori ini sentiasa kekal selama-lamanya, tetapi manusi telah ' lalai .' Hanya mereka yang benar-benar bebas dari segala bentuk syirik dan bersungguh-sungguh mematuhi al-Quran akan menjadi golongan yang tidak lalai.

Sekadar pendapat peribadi....