Share

YOU CAN EASILY RECOGNIZE THEM (56:7) BY WHAT THEY ARGUE (KORAN 47:30)

SHARE

Waktu Mengkaji Al-Quran

Saya memahami waktu yang diperintahkan bagi mengkaji al-Quran bermula di antara jam 11 p.m. dan 3 a.m. Ianya waktu paling efektif untuk menjalin hubungan bersama Allah, dan bagi mendapatkan inspirasi kehidupan melalui ayat-ayat Nya. Selain itu, waktu ini juga sesuai untuk bertaubat memohon keampunan bagi segala dosa dilakukan pada hari sebelumnya.

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah pada waktu malam. Selain dari sedikit masa (berehat). Iaitu separuh dari waktu malam (≍ 1 pagi), atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan daripadanya. Dan bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan meletakkan ke atasmu pemahaman yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih khusyuk dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan (pekerjaan) yang panjang. (73.1-7)

Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya engkau bangun selama kurang dari dua pertiga malam (≍ 3 am), dan selama satu perduanya (≍ 1 am), dan selama satu pertiganya (≍ 11 pm) dan (demikian juga) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu. Dan Allah yang menentukan kadar malam dan siang Allah mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali dapat menentukan batas waktu itu Maka Dia memberi keringanan kepadamu.

Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah (bagimu) dari al-Quran. Ia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah.

Maka bacalah mana-mana yang mudah (bagimu) dari Al-Quran. Dan tegakkanlah kewajipanmu serta murnikanlah; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.

Dan mintalah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

(73.20)

Keseluruhannya berbentuk ayat perintah. Oleh itu ada baiknya tidur awal dan bangun waktu malam untuk meneliti ayat-ayat al-Quran mengikut kronologi penurunan surah. Siang hari pula digunakan untuk bekerja, meluangkan masa bersama masyarakat serta melaksanakan urusan selainnya. Ini adalah satu bentuk penyucian diri di dalam al-Quran dan berbeza dengan cara kehidupan selainnya; Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku. (109.4-6)