Share

Tema Utama Al-Quran

Bagi saya tema utama al-Quran adalah bersatu dalam kepelbagaian (unity in diversity) melalui batasan kebebasan cara hidup yang boleh membawa keseimbangan kepada semua manusia.

Oleh itu ianya sesuatu yang mustahil dicapai melalui agama tetapi hanya berupaya dicapai melalui 'Ad-Din', satu sistem kemanusiaan dan kehidupan yang universal tanpa diskriminasi berasaskan perbezaan atau perkauman (شِيَعًا). Inilah cara hidup Islam yang digambarkan dari al-Quran, dan Islam sama sekali tidak pernah digambarkan sebagai agama (mazhab) di dalam al-Quran.

It has been said that the word Dīn appears in as many as 79 verses in the Qur'an, but because there is no exact English translation of the term its precise definition has been the subject of some misunderstanding and disagreement. For instance, the term is often translated in parts of the Qur'an as "religion". However, in the Qur'an itself, the act of submission to God is always referred to as Dīn, rather than as Madhhab (مذهب), which is the Arabic word for "religion"; Wikipedia


Sejarah






Ianya panduan hidup yang lengkap bagi mencapai keharmonian masyarakat, dan meliputi aspek kehidupan utama. Ianya selari dengan realiti kehidupan sebenar yang dipenuhi kepelbagaian. Ini yang saya fahami... dan semuanya ini mustahil dapat dicapai melalui agama. Ianya hanya boleh dicapai melalui 'Ad-Din', kehidupan dan kemanusiaan.


Satu Kitab Bukanlah Agama




Saya juga percaya al-Quran kitab tertua dalam sejarah manusia... Bagaimana? Mesej al-Quran bermula daripada Adam kepada Musa (Moses) bersama Kitab Taurat (Old Testament), Isa (Jesus) bersama Kitab Injil (New Testament), teks suci lain dan diakhiri al-Quran (Muhammad), sebagai Final Testament; Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu sistem kehidupan kamu (5.3). Kitab-kitab ini pula sentiasa disahkan kitab kemudiannya. Bermula dari Isa (Jesus) dan diakhiri oleh Muhammad. Satu misi yang terjadi selama ribuan tahun oleh 25 nabi dan rasul utama dan seperti cerita bersiri atau episod:

          1. Moses: Torah/ Old Testament
              (Peacemaking & Peacemaker);

          2. Jesus: Injil / New Testament
              (Peacemaking & Peacemaker);

          3. Muhammad: Quran/ Final Testament
              (Peacemaking, ie. Islam & Peacemaker, ie. Muslim).

Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam (Jesus) mengikuti jejak langkah mereka, untuk mengesahkan benarnya Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa. (5.46)

Dan ketika Nabi Isa ibni Maryam (Jesus) berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad” (Yang Terpuji). (61.6)

Ayat di atas menjelaskan sistem kehidupan yang bermula dengan Kitab Taurat dan diturunkan kepada Musa, kemudiannya datang Isa mengesahkan Kitab Taurat melalui Kitab Injil, dan diulangi serta diakhiri oleh Muhammad mengesahkan Kitab Taurat dan Kitab Injil melalui al-Quran, sebagai The Final Testament; Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu sistem kehidupan kamu (5.3);  Dia (Muhammad) adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi (33.40). Semuanya berjuangan menegakkan satu sistem kehidupan. Peacemaking (Islam), dan sebagai Peacemakers (Muslim).

Kami telah memberi kepada Nabi Musa (Moses) dan Nabi Harun (Aaron)... (21.48) kepada Nabi Ibrahim (Abraham)... (21.51) kepadanya: Ishak (Isaac) dan Yaakub (Jacob)... (21.72) kepada Nabi Lut (Lot)... (21.74) Nabi Nuh (Noah) ... (21.76) Nabi Daud (David) dengan Nabi Sulaiman (Solomon) ... (21.78) Nabi Ayub (Job) ... (21.83) Nabi-nabi Ismail (Ishmael) dan Idris (Enoch) serta ZulKifli (Ezekiel) ... (21.85) (peristiwa) Zun-Nun... (21.87) Nabi Zakaria (Zechariah)... (21.89) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya (Mary)... (21.91) ... Sesungguhnya Islam (peacemaking) inilah sistem kehidupan kamu, sistem kehidupan yang satu asas pokoknya (satu umat bersatu dalam kepelbagaian), dan Akulah Tuhan kamu; maka turutilah kamu akan Daku. (Kebanyakan manusia berselisihan menuruti sifat fanatik keagamaan) dan berpecah-belah dalam cara kehidupan mereka. (21.91-93)

Semuanya membawa sistem kehidupan yang munasabah diterima akal yang sihat, iaitu semua manusia hidup di dalam kepelbagaian agama, bangsa dan sebagainya. Itulah hakikatnya kehidupan, dan bukan konsep "aku benar semua orang lain salah. (bigotism)."

[Prinsip Sistem Kehidupan Unity in Diversity]
Allah telah mensyariatkan kepadamu tentang sistem kehidupan (deen) yang diperintahkan kepada

(1) Noah,
(2) yang Kami wahyukan kepadamu (Final Testament), dan
(3) yang Kami perintahkan kepada Abraham, dan
(4) Moses (Old Testament), dan
(5) Jesus (New Testament)

Iaitu:
(1) "Tegakkanlah sistem kehidupan (bersatu dalam kepelbagaian melalui keseimbangan cara hidup), dan

(2) Jangan kamu berpecah belah (mengikut sikap fanatik keagamaan dan mazhab) di dalam masyarakat."

[Fanatik Keagamaan]
Amatlah berat seruanmu ke atas pengidola-pengidola (dari golongan fanatik berhala, keagamaan, mazhab, pendita, rabbi, ulama, ustaz, ahli agama, pemimpin, bangsa dll) akan apa yang engkau serukan kepada mereka. Mereka tidak berpecah belah (dengan sifat fanatik keagamaan dan perkauman) kecuali setelah sampai kepada mereka seruan; (dan yang sedemikian semata-mata) kerana hasad dengki (bagi menguasai pemerintahan, kepimpinan, kekayaan dan sebagainya) sesama mereka. Kalaulah tidak kerana ketetapan Tuhanmu hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang mewarisi Kitab sesudahnya itu, mereka berada dalam keadaan ragu-ragu (tidak mendapat hidayah) dan kegelisahan.

[Prinsip Unity in Diveristy]
Maka itu serulah (kepada perpaduan dan bersatulah dalam kepelbagaian) dan tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menuruti hawa nafsu mereka (untuk bermusuhan mengikut agama dan mazhab masing-masing,  perkauman), dan katakanlah (ie. perintah Allah):

(1) Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah, dan
      (kebebasan hidup dan tiada persengketaan mengenai kebenaran Kitab)
(2) Aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.
      (hendaklah mencari persamaan bagi mencapai keharmonian)
(3) Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu,
      (kebebasan hidup dan tiada persengketaan mengenai ketuhanan)
(4) Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu
      (kebebasan hidup dan tiada persengketaan mengenai ritual keagamaan)
(5) Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu.
      (keharmonian, dan tiada persengketaan bagi persoalan kitab, tuhan dan ritual agama)
(6) Allah akan menghimpunkan kita dan kepadaNyalah tempat kembali.
      (Allah akan menerangkan perselisihan kitab, tuhan dan ritual, bukan manusia. Tugas manusia ialah mencari keseimbangan supaya semua bersatu sebagai satu umat)

(42.13-15)

Keseluruhan mesej ini serta kaedah-kaedah menjaga keharmonian hubungan antara manusia mengambil ribuan tahun, dan supaya manusia dibekalkan dengan bukti nyata dari kehidupan sebenar, agar menjadi pengajaran, peringatan dan panduan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia sehingga hari kiamat. Ianya mesej supaya manusia berupaya menjalani kehidupan yang harmoni mengamalkan kepercayaan masing-masing. Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya; Allah tidak sekali-kali menganiaya sekalipun seberat zarah (4.40), dan memberikan jalan lengkap kepada manusia sebelum dipertanggung-jawabkan pada hari akhirat; Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap (45.11), Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini (6.38).

Inilah tema utama al-Quran dan penjelasan ke atas fakta nabi, rasul dan orang-orang beriman dibunuh serta diseksa oleh golongan fanatik keagamaan dan perkauman (pengidola/mushrik/bigotism). Ianya tiada kaitan dengan amalan beragama semata-mata dan setiap fakta penyekutuan Allah di dalam al-Quran turut disertai dengan fakta perlakuan jenayah dan kekejaman sesama manusia. Zaman Nabi Ibrahim manusia dibakar hidup-hidup, zaman Nabi Musa berkaitan pembunuhan bayi, Nabi Isa dengan cubaan disalib, Nabi Zakaria dibunuh, Rasulullah dan orang beriman pula disiksa sehingga berhijrah dan sebagainya. Masing-masing menegakkan agama masing-masing, dan tiada kebebasan beragama. Situasi sama tetap berlaku hari ini (warning, very distubed images) dan akan kekal sehingga hari kiamat. Sebaliknya, ajaran Islam daripada al-Quran tidak pernah menghalang manusia itu hidup beragama.

Dan jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami. (10.99-100)

Allah menghendaki adanya berbilang agama dan memberikan kebebasan beragama. Allah memberikan kebebasan kepada manusia mengamalkan agama masing-masing, selagi mana ianya tidak memudaratkan orang lain (public offence). Allah memberikan jalan kehidupan yang terperinci bagaimana menjaga kepentingan awam secara keseluruhannya dan menyuruh umat manusia belumba-lumba melakukan kebaikan, walau apa pun agama mereka.

Dan Kami turunkan kepadamu Kitab dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (untuk bermusuhan berdasarkan sikap fanatik keagamaan dan mazhab) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran.

Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan suatu Syariat dan sistem kehidupan. Dan kalau Allah menghendaki (beerti Allah tidak menghendaki umat manusia hidup dalam satu agama, tetapi mahukan berbilang agama dan manusia bersatu dalam kepelbagaian agama) nescaya Ia menjadikan kamu satu umat, tetapi Ia hendak menguji kamu apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (5.48)

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan (22.67) ...Dan bagi tiap-tiap umat ada arah yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan (2.148)

Oleh itu saya memahami semuanya sebagai satu mesej, satu kitab yang mendokong sistem kehidupan yang realistik, satu sejarah kenabian, penciptaan alam dan evolusi manusia. Saya tidak membeza-bezakan mana-mana daripadanya (3.84-85) dan mendokong satu mesej, unity in diversity melalui kebebasan cara hidup menurut al-Quran. Keseluruhan fakta ini menyakinkan saya bermula dengan al-Quran kerana ianya bermula semenjak awal penciptaan manusia dan selaras dengan realiti kehidupan sebenar yang membuktikan penyatuan dalam kepelbagaian.


Bukti kepada unity in diversity ada di mana sahaja....