Share

YOU CAN EASILY RECOGNIZE THEM (56:7) BY WHAT THEY ARGUE (KORAN 47:30)

SHARE

Kronologi Penurunan Surah

Bagi saya kronologi penurunan surah seumpama kurikulum mengenali Islam sepertimana Allah memperkenalkan Islam kepada Rasulullah SAW. Jadi ianya sangat penting...

Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?” Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur mengikut kronologi) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya. (25.32-33)

Kini saya berniat mengulangkaji kembali dan memahami al-Quran menurut kronologi penurunan surah dan membuat catatan sendiri. Dahulunya saya merasakan sukar dan terpaksa berkali-kali membaca al-Quran kerana surah-surah awal banyak berkaitan hukum. Hanya selepas beberapa kali mengulangkaji barulah menjadi ringan dan relevan dengan realiti kehidupan sebenar.

Ini kerana surah diturunkan di Mekah (12+ tahun) berkaitan pembentukan akidah dan banyak memberikan rasional serta pedoman. Ianya tiang utama atau foundation untuk memahami rasional kehidupan. Surah diturunkan di Madinah (9+ tahun) pula banyak berkaitan perlaksanaan sistem dan perundangan.