Share

YOU CAN EASILY RECOGNIZE THEM (56:7) BY WHAT THEY ARGUE (KORAN 47:30)

SHARE

Simpulan yang teguh

Hanya ada satu sahaja kitab yang relevan dan akan dipersoalkan pada hari akhirat, iaitu Al-Quran. Inilah kitab yang mengandungi terma-terma dan syarat-syarat perjanjian di antara manusia dengan Allah. Oleh itu dan walau sehebat mana pun kitab-kitab tulisan manusia yang selainnya, dan di atas nama siapapun tuntutan syafaat daripadanya, ianya sama sekali tidak bernilai pada hari akhirat.

Patutkah Kami menjadikan orang-orang Islam sama seperti orang-orang yang berdosa? Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum? Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab yang kamu baca dan pelajari? Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih? Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan? Bertanyalah kepada mereka: “Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?” Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu? (Kalau ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang-orang yang benar. (68.35-41) 

Oleh itu kenapa perlu membuang masa?


Simpulan yang teguh (31.20-25)


Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak) bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada (keterangan) Allah sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.

Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala yang terkandung di dalam dada.

Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara, kemudian Kami akan memaksa mereka ke dalam azab yang amat berat.

Dan sesungguhnya jika engkau bertanya kepada mereka itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah: "Alhamdulillah", (Tetapi) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).


Tugasan bagi menghadapi perbicaraan


To be updated...