Share

YOU CAN EASILY RECOGNIZE THEM (56:7) BY WHAT THEY ARGUE (KORAN 47:30)

SHARE

Tiga Golongan Manusia

Bahagian ini berkaitan golongan manusia di dalam dunia. Berdasarkan gambaran kategori manusia di sini, saya berupaya menjadi lebih peka golongan yang pada pendapat saya sebagai benar di atas jalan yang lurus, atau golongan yang berada pada jalan yang salah. Semuanya sekadar pendapat saya semata-mata, al-Islam as I understand. Semuanya sekadar teori semata-mata dan saya perlu menyemak keseluruhan ayat al-Quran bagi benar-benar memastikannya. Ianya bukanlah mudah.

Perspektif & Kepentingan Berfikir


Sepertimana saya kata pada bahagian pengenalan, saya cuba memahami Islam dari sudut kehidupan praktikal. Ini bermaksud saya cuba melihat dari perspektif Allah sebagai Tuhan sekalian alam, Tuhan sekalian makhluk, dan Rasulullah pembawa mesej kepada sekalian umat. Saya melihat dari perspektif Islam yang universal dan meliputi seluruh alam semesta, Islam yang luas dan bukan Islam yang sempit serta dimonopoli segelintir manusia di dalam dunia ini.

Sura 2.7-10
Ianya juga bermaksud saya cuba memahami Islam dari sudut 'Ad-Din', dan bukan dari sudut 'Agama' (مذہب) yang memperjuangkan kebenaran berdasarkan perkauman (sectarianism) serta mendiskriminasi ciri-ciri keadilan yang terdapat pada semua agama lain;  However, in the Qur'an itself, the act of submission to God is always referred to as Dīn, rather than as Madhhab (مذهب), which is the Arabic word for "religion", Wikipedia ; laitu Al-Quran yang berbahasa Arab (quraish dialect), yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong (39.28); Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya (quraish dialect) (14.4).

While the language of the Qur’an remained untouched, its words and terms were made to lose the splendor they so beautifully conveyed in the original, revealed Arabic Mubeen. So much so, that the Qur’anic terms were dressed up with the erroneous philosophies prevalent in the once Zoroastrian culture of Persia, and they became widely accepted even among the Arabs! This staggering tragedy explains why, how and where, even the Arabic speaking people lose their touch with the Qur’an! (p.3)

They have been thinking of the Ajami Arabic as the known Language of the Qur’an. By Ajami Arabic I mean applying the Zoro-Persian or any alien concepts to the Arabic words and terms of the Qur’an. (p.7); QXPv The Quran as it explains itself, 5th edition.

Berdasarkan penumpuan yang sekadar memenuhi proses untuk berfikir serta mencari erti kehidupan praktikal yang boleh dirungkai akal yang sihat; Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk cara kehidupan yang mudah diterima oleh akal yang sihat. (87.8), maka samada ianya Islam sebenar atau tidak sama sekali tidak relevan kepada saya. Status dan label keagaman tidak penting, fahaman kulit semata-mata. Perkara yang utama ialah ianya pengalaman melalui proses berfikir melalui akal fikiran yang Allah berikan kepada saya. Dan seperkara utama ialah saya berserah bulat-bulat memahami penerangan al-Quran melalui keterangan serta metodologi al-Quran itu sendiri, dan juga menurut prinsip tafsiran yang terkandung di dalamnya. Siapakah lagi yang boleh memberi hidayah selain Allah?

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada (perintah dan larangan) Tuhan mereka (di dalam al-Quran). (16.99)


Tiga Golongan Manusia


Pada bahagian ini saya cuba memahami golongan manusia yang terdapat di dunia. Secara umumnya al-Quran menceritakan terdapat tiga kategori manusia yang akan dihisab pada hari akhirat. Ayat di bawah menjadi asas kepada pemahaman saya.

Dan kamu pula menjadi tiga puak. Iaitu puak pihak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? Dan puak pihak kiri, alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan orang-orang yang telah mendahului, yang akan mendahului. Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. Sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu, dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian (selepas Rasulullah SAW). (56.7-14)

Allah menerangkan terdapat tiga kategori manusia, iaitu golongan kiri, golongan kanan dan golongan tengah atau mendahului. Adakah ini munasabah? Keterangan hadis semata-mata telah memecahkan manusia kepada 72 golongan di dalam Islam. Fakta hari ini pula menceritakan terdapat ribuan golongan daripada pelbagai agama dan mazhab.

Di sini kita berupaya melihat pemahaman hari ini tidak konsisten dengan keterangan al-Quran. Saya dengan itu memulakan dengan prinsip asas dan menolak semua fahaman hari ini serta bermula dengan keterangan Allah dari al-Quran, iaitu prinsip asas ialah hanya terdapat tiga golongan manusia sahaja; Kebenaran itu adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (2.147).

Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada (keterangan, perintah dan larangan) Allah (di dalam al-Quran), dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan. (16.87)

Berhadapan situasi ini, bagaimanakah saya dapat mengkategorikan seluruh umat manusia kepada tiga kategori sahaja? Petunjuk yang pertama melalui keterangan 'Maka patutkah Kami menjadikan orang-orang Islam seperti penjenayah?' (68.35), dan juga fakta Allah tidak akan menzalim hamba-hamba Nya. Inilah asas kepada pemahaman saya. Seterusnya logik akal saya mempercayai bahawa golongan kiri adalah mereka yang pasti memasuki neraka. Golongan kanan adalah mereka yang belum dijamin memasuki syurga, manakala golongan tengah atau mendahului adalah mereka yang pasti memasuki syurga. Golongan ini amatlah sedikit pada zaman ini.

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati, (tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (32.9)

Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (tilawah) amatlah sedikit kamu beriman. Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (jampi dan bacaan doa) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (69.41-42)

Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (7.3)

Rasanya tiada perselisihan logika ke atas keterangan Allah di atas. Oleh itu saya memahami terdapat tiga golongan yang akan dihisab pada hari akhirat, dan oleh itu juga, membawa kepada kesimpula bahawa terdapat tiga cara kehidupan di dunia. Cara kehidupan tiga golongan ini dapat digambarkan melalui rajah di bawah.


Inilah ringkasan awal. Saya akan menjelaskan lebih lanjut bersama bukti daripada keterangan Allah pada post selepas ini. Cuma setakat ini, saya menyedari dalam mana-mana agama terdapat orang kafir, orang munafik dan orang mushrik. Ianya bukanlah di dalam Islam semata-mata. Adalah agak tidak masuk akal untuk kita membuat kesimpulan bahawa orang kafir itu hanya terdapat di dalam Islam. Hakikatnya dan di dalam agama Hindu atau agama-agama lain, ada golongan yang berpura-pura memeluk agama Hindu tetapi sebenarnya kafir, munafik atau mushrik kepada ajaran agama Hindu. Begitu juga agama Kristian, Yahudi, Buddha dan ajaran agama-agama selainnya. Rajah di bawah dapat menggambarkan pemahaman di sini.


Inilah kesimpulan awalnya. Selanjutnya saya menyedari segala fakta mengenai penyembahan berhala di dalam al-Quran turut disertakan dengan kelakuan jenayah yang telah mereka lakukan. Kesimpulan yang boleh dilakukan di sini ialah al-Quran itu sedang menerangkan kelakuan jenayah dan masalah perkauman di antara agama. Al-Quran itu seumpama Penal Code yang memastikan keharmonian masyarakat dan menghukum penjenayah. Ia sama sekali tidak menceritakan keagamaan. Malahan, tiada satu pun perkataan 'Agama' (مذہب) dapat ditemukan dari al-Quran. Fakta ini pula disokong oleh perintah Allah supaya umat Islam beriman dengan kitab-kitab terdahulu (3.84-85). Bagaimana mungkin Islam itu menjadi agama apabila umat Islam dituntut beriman dengan kitab-kitab ajaran agama Yahudi dan Kristian? Bagaimana mungkin umat Islam mengulangi kembali kesilapan orang Yahudi dan Kristian yang berpecah menjadi dua agama, padahal kedua-dua golongan ini membaca kitab yang sama (Old Testament)? Satu kitab sepatutnya bermaksud satu agama (2.111-113). Oleh itu adakah ideologi keagamaan itu daripada Allah atau manusia (man-made)? Tidak munasabah. Banyak kebenaran yang kita boleh merungkai melalui keterangan Allah.

Selanjutnya saya juga percaya bahawa Allah sama sekali tidak melakukan kezaliman ke atas hamba-hamba Nya yang baik serta tidak melakukan kerosakan di atas muka bumi, walau apa jua agama yang mereka anuti; Allah tidak sekali-kali menganiaya sekalipun seberat zarah (4.40). Saya juga percaya Allah mengukur amal manusia berdasarkan amal soleh sebenar, dan 'amalan soleh' di dalam Islam itu buikanlah boleh dimonopoli atau di atas kertas, atau juga sekadar label dan pengakuan kosong. Ianya boleh diamalkan sesiapa jua, termasuklah orang bukan Islam, secara sedar atau tidak sedar.  Saya juga percaya bahawa roh semua manusia itu tidak beragama; Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri: “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar, kami menjadi saksi”. (7.172). Saya juga percaya Allah tidak mengukur manusia di atas amalan berbentuk  senaman harian atau yoga, atau Allah bersifat perkauman. Banyak lagi persoalan yang bakal saya bangkitkan.

Seperkara yang pasti, kebanyakan yang saya faham sebelum ini sangat sukar dirungkai melalui akal yang sihat, kecuali secara beriman bulat-bulat kepada ahli-ahli agama dan mengetepikan segala keterangan Allah (syirik); Mereka menjadikan ulama-ulama dan keagamaan mereka sebagai Tuhan selain dari Allah, dan juga Al-Masih ibni Maryam (termasuk juga dalam kategori sunnah), padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah/ mentaati/ menuruti Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. (9.31). Oleh itu cukuplah buat masa ini kerana penerangan di sini sekadar keseimpulan awal, dan saya akan meneruskan pada post-post selepas ini. Ini kerana saya perlu memasukkan beberapa penerangan lain yang berkaitan bagi membuktikan menenai Islam seperti yang saya faham, daripada perspektif kemanusiaan dan kehidupan praktikal. :)


--------------------

Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu. Dan Allah Maha Kuasa dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana cara hidup (kamu), dan mereka yang tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana cara hidup (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu untuk mengusir kamu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (60.7-9)