Share

YOU CAN EASILY RECOGNIZE THEM (56:7) BY WHAT THEY ARGUE (KORAN 47:30)

SHARE

4. Al-Alaq (perkauman dan perintah utama)

Bahagian pertama Allah mengingatkan perjanjian dan menuntut kajian ke atas al-Quran dan penciptaan. Seterusnya Allah menjelaskan manusia mudah merasa berpuas hati dengan kehidupannya dan menjadi lalai kepada realiti sebenar. Sikap ini membuatkan manusia bertindak melampaui batas dan tidak melasanakan tuntutan di bawah perjanjian. Pada bahagian ini Allah menjelaskan sifat perkauman melalui keagamaan dan mengingatkan manusia supaya patuh mengkaji keterangan al-Quran dan mendalami serta memanfaatkannya sebaik mungkin.

(كلا) Jangan! (لئن) Jika (لم) tidak (ينته) dia menghentikannya (لنسفعا) nescaya kami menarik (بالناصية) melalui ubun-ubunnya (96.15). (ناصية) Ubun-ubun (كذبة) pendusta (خاطئة) (lagi) bersalah (96.16). (فليدع) Maka biarlah dia memanggil (ناديه) golongannya (96.17). (سندع) Kami akan memanggil (الزبانية) Zabaniyah (96.18). (كلا) Ingatlah! (لا) Jangan (تطعه) patuh kepadanya (واسجد) dan sujudlah (واقترب) serta dekatkanlah (96.19).

Kepentingan Ayat Larangan, 'Jangan!'

Bagi pemahaman saya perkataan 'Jangan' di sini adalah bentuk ayat larangan. Ianya serius dan tidak boleh dipandang remeh. ; Dan janganlah engkau (Muhammad) . . . dan jika engkau menurut hasutan mereka (menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya engkau (Muhammad) tetap menjadi orang-orang (kafir) musyrik. (6.121); Dan kami berfirman: “Wahai Adam! . . . dan janganlah kamu hampiri pokok ini. Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu (2.35-36); Katakanlah: “Bawalah saksi-saksi (periwayat palsu) kamu memberi keterangan (melalui hadis palsu) bahawa Allah mengharamkan ini”... janganlah engkau turut sama membenarkan mereka (secara bermazhab) ... sedang mereka pula menyamakan (yang lain) dengan Tuhan mereka (syirik). (6.150).

Ini kerana Rasulullah sendiri boleh menjadi kafir jika sengaja sengaja beriktikad dan bertindak membantah larangan Allah; Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir. (40.4), dan walaupun segala ibadahnya yang cermerlang serta pengiktifaran Allah sebagai mempunyai budi pekerti yang sangat mulia; Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (68.4). Segalanya menjadi tidak bermakna. (Keseimbangannya, buat perbandingan ke atas golongan memperbaiki amal di dalam al-Quran). Malahan dan bukan setakat itu sahaja, ianya boleh menjadi perbuatan syirik dan dosa yang tidak diampunkan (6.150); Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. (4.48). Gugurlah segala amal baik dan mereka tidak akan menerima sebarang pertimbangan pada hari akhirat. Sememangnya amat menakutkan....

Katakanlah: “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (18.103-105)

Rasional Mematuhi Larangan 'Jangan'

Rasional berkaitan tegasnya mematuhi larangan 'jangan' ialah supaya semua manusia berupaya hidup harmoni dalam berbilang bangsa dan agama. Ianya asas kehidupan paling minumum atau tiang utama untuk kesejahteraan masyarakat dan penyatuan umat secara menyeluruh, dan bagi mengelakkan permusuhan, peperangan dan pembunuhan sesama manusia. Ianya tiang utama kepada kesejahteraan ekonomi, sosial dan politik, memelihara kreativiti umat manusia, dan juga supaya semua berpeluang mencari rezeki dan membina diri serta keluarga masing-masing. Pembaharuan sebenar ialah dari diri kita sendiri, bukan dari faktor luaran; Allah tidak mengubah takdir sesuatu kaum sehingga mereka mengubah takdir mereka sendiri. (13.11)

Syurga
|
Ayat Perintah
(maksimum - kebanyakannya amat sukar dicapai)
|
100%
|
80%
|
60%
|
40%
|
20%
|
Kompromi
(Level Bonus mengikut individu)

|
0%
|
Tiada kompromi
(penentuan keislaman)
|
perpecahan |--------- Ayat Larangan (Jangan)  ---------| peperangan
Syarat minimum mencapai penyatuan umat (Foundation)
(Hukum asas - masyarakat hanya boleh bersatu dan maju pada level ini)

|
Neraka

Oleh itu larangan sebegini merupakan rahmat dan kemudahan kepada semua umat manusia, Contohnya, larangan bertanya bagi memudahkan kehidupan manusia: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu (ie. mengakibatkan perbalahan dan perpecahan umat manusia kepada agama dan mazhab), dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar. (5.101). Sebaliknya, bandingkan dengan fakta di bawah:

Dan ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan? (kerana memberikan perintah yang umum)” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil”. Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”. Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya”. Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami, dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)”. Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah, dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”. Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”. Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu. (2.67-71)

Jika mereka tidak bertanya, pasti Allah telah pun menerima sebarang jenis lembu. Contoh kedua, larangan bagi mengelakkan perselisihan masyarakat mengenai fakta sejarah atau hadis: Mereka akan berkata: “Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka“; dan setengahnya pula berkata:”Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka” Secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka”. Katakanlah: “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). (18.22).


Oleh itu kenapa umat Islam perlu bertekak hanya ke atas cerita hadis yang hanya wujud melebihi 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah? Hadis sahih sebenarnya adalah al-Quran. Ini kerana al-Quran itu wahyu yang diucapkan melalui ucapan Rasulullah. Maka itu tiada siapa berupaya membuktikan al-Quran itu benar-benar dari Allah, terutamanya pada zaman Ahli Kitab dan agama lain menguasai kepercayaan masyarakat beribu-ribu tahun lamanya (mereka merasakan al-Quran akan membatalkan kitab-kitab mereka), kecuali secara mentaati bulat-bulat ucapan Rasulullah menyampaikan ayat-ayat al-Quran. Inilah maksud sebenar mentaati Allah dan Rasulnya di dalam Quran.

Kerana itu Allah melarang pertikaian fakta sejarah yang siapa pun tidak dapat memastikan kebenarannya. (cf. Rasulullah tidak boleh melakukan bid'aah 69.44-51, dan fakta al-Quran menerangkan Rasulullah turut berkali-kali melakukan kesilapan). Semua ini rahmat bagi mengelakkan perpecahan umat Islam. Bagi saya, jika suka mana-mana hadis atau apa jua yang tiada dari al-Quran, maka ikutlah secara individu dan elakkan paksaan atau mensyariatkannya. Jika tidak suka, maka tinggalkan yang tidak sesuai secara individu dan elakkan paksaan ke atas orang yang mempercayai dan hendak mengamalkannya.



Dan kalaulah (Nabi Muhammad) mengatakan atas nama Kami secara dusta, sebarang kata-kata rekaan, Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta) (69.44-46)

Kini dan secara umumnya, larangan yang berbentuk awam atau menyentuh kepentingan masyarakat awam (public offence) adalah keperluan paling minimum bagi membentuk masyarakat yang sejahtera. Satu masyarakat yang bebas mengamalkan kebebasan cara hidup, bebas bergembira, bebas berfikir, bebas bersuara, bebas berpuak-puak, bebas beragama atau selainya dan pada masa yang sama berupaya menyatukan umat manusia keseluruhannya dan membuka peluang kepada manusia untuk memajukan pelbagai aspek kehidupan; Pada mulanya manusia itu 'umat yang satu'. (2.213). Ianya amat diperlukan bagi mencapai kesatuan dalam kepelbagaian (unity in diversity). Ini kerana manusia sememangnya diciptakan untuk tetap menjadi berbeza-beza... tidak akan menjadi satu bangsa, satu rupa, satu sifat, cara fikir, atau satu citarasa. samada secara sukarela atau paksaan. Mustahil, lihatlah segala makhluk Allah selainnya. Sehubugan itu 'takdir' bagi penyatuan dan kesejahteraan manusia akan hanya tercapai apabila manusia sendiri menghindari semua larangan yang berkaitan kemasyarakatan, larangan yang menyentuh kepentingan awam.

Sebaliknya sifat manusia suka mendustakan al-Quran dan menambah hukum halal/haram sesuka hati; Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (16.116). Pada hari ini pula, ianya sehingga menjadi tanpa kemunasabahan akal fikiran dan sehingga masyarakat dunia bangun membenci keputusan umat Islam, sama keadaannya seperti yang berlaku ke atas golongan Ahli Kitab di dalam al-Quran. Sememangnya terdapat banyak faktor yang membuatkan ahli-ahli agama bertindak sebegini, seperti jahil, menjadi ingin popular, berkuasa, berpengaruh, menarik undi dan penyokong dan sebagainya. Tindakan sebegini membeli kepentiangan sendiri dengan menjual kepentingan awam, dan mengakibatkan tekanan kepada masyarakat, perpecahan, perkauman, pergaduhan dan malahan peperangan. Ini yang saya faham. Allah memberikan cara hidup yang mudah, tetapi manusia itu sendirilah yang menyukarkan cara hidup mereka. Maka itu dan bagi diri saya, larangan hendaklah diutamakan. Hindari semua larangan dan lakukan sebolehnya segala diperintahkan.Takdir umat Islam hanya akan berubah apabila umat Islam sendiri bangun berusaha mengkaji keterangan Allah dan hukum alam serta berubah untuk searus dengannya.

Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka terdapat penyakit, maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (mendustakan kebenaran).

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”. Mereka menjawab: ”Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan (melalui keagamaan dan dakwah)”. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya (kerana ia adalah sistem keagamaan daripada ahli-ahli agama mereka). (2.8-11)

Mereka menjadikan pendita-pendita (ulama-ulama) dan keagamaan mereka sebagai tuhan selain dari Allah (9.31)

Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf (atau tidak mahu membaca), mereka tidak mengetahui akan isi Kitab selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ulama-ulama mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. (2.78)

Bandingan orang-orang yang ditanggungjawab dan ditugaskan (melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (62.5)

Pendusta & Bersalah

Bagi saya, itulah rasional larangan Allah dan disampaikan terlebih dahulu supaya dapat memahami hikmah disebaliknya mengikut tema utama al-Quran. Kembali kepada ayat berkaitan, larangan di sini ialah supaya manusia berhenti melakukan sepertimana yang dilakukan golongan pendusta dan bersalah pada bahagian-bahagian sebelumnya; iaitu berhenti menghalang dan berpaling daripada jalan mengkaji dan mencari petunjuk, serta usaha bersatu menegakkan perpaduan melalui kebenaran dan keadilan. Supaya manusia berhenti mendustakan keterangan Allah (iaitu menambah dan mengurangkan hukum Allah) untuk perkara yang disebutkan sebelum ini. Penjelasan yang melibatkan pendustaan telah dijelaskan oleh Allah pada surah selanjutnya, iaitu Surah al-Qalam.

Perkauman

Bagi saya keterangan 'biarlah dia memanggil golongannya' merujuk kepada sifat perkauman, keagamaan atau perpecahan, mazhab atau selainnya. Hakikatnya manusia itu umat yang satu dan Allah menganggap mana-mana golongan masyarakat sebagai berpuak-puak apabila mengamalkan nilai-nilai hidup yang bercanggah dengan al-Quran.

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda, mengubah  atau mensyariatkan apa yang tidak disyariatkan oleh Allah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk, dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.

(Balasan) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai kitab itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (ie. sectarianism, religionism, bigotism, fanaticism). (2.174-176)

Inilah definisi berpuak-puak yang diberikan di dalam al-Quran; Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belahkan cara hidup (دِينَهُمْ) dan mereka menjadi berpuak-puak/ beragama/ bermazhab (شِيَعًا) tiadalah engkau terkait sedikitpun dengan (kezaliman) mereka...(6.159). Ianya boleh menjadi agama, mazhab, bangsa, politik, keturanan dan sebagainya. Seperkara yang utama ialah samada perbuatan (jenayah) yang dilakukan itu bercanggah dengan nilai-nilai al-Quran, walau apa jua pegangan agama mereka.

Faktor agama semata-mata tidaklah menjadi isu kerana Allah sememangnya berkehendakkan manusia hidup berbilang agama, dan bersatu sebagai satu umat - unity in diversity; Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan suatu Syariat dan cara hidup. Dan kalau Allah menghendaki (bermaksud Allah tidak menghendaki manusia hidup dalam satu agama) nescaya Ia menjadikan kamu satu umat, tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (5.48). Setiap fakta amalan keagamaan atau penyembahan berhala di dalam al-Quran pasti dituruti atau disokong amalan jenayah keagamaan. Oleh itu perkara yang menjadi isu sebenar adalah amalan jenayah dan menjadi 'enemy to social unity and freedom of religion'. Inilah fokus al-Quran, 'jenayah', bukannya agama. Tiada satu pun perkataan agama di dalam al-Quran; in the Qur'an itself, the act of submission to God is always referred to as Dīn, rather than as Madhhab (مذهب), which is the Arabic word for "religion"; Wikipedia.

Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Ia menjadikan manusia 'umat yang satu'. Tetapi mereka terus-menerus berselisihan (melakukan perbuatan jenayah keagamaan), kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu... (11.118-119)

Peringatan Utama
Ingatlah! Jangan patuh kepadanya dan sujudlah serta dekatkanlah (96.19).

Inilah peringatan utama surah al-Alaq. Ianya berbentuk ayat larangan 'Jangan!'. Kesimpulannya janganlah bersama golongan pendusta dan pendosa melakukan kezaliman dan kerosakan di atas muka bumi. Sujudlah dan dekatkanlah bermaksud patuhilah dan mendalami serta mengamalkan bersungguh-sungguh keterangan Allah daripada al-Quran. Sentiasalah menjadi orang yang benar, seimbang dan adil serta rajin berusaha membuat kajian ke atas alam, iaitu Sains Sunnatullah. Janganlah menjadi orang yang mudah berpuas hati dengan pencapaian hidup dan tidak mahu berubah. Inilah bezanya di antara manusia dan binatang. Inilah yang saya faham.

Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu. (3.60)