Share

YOU CAN EASILY RECOGNIZE THEM (56:7) BY WHAT THEY ARGUE (KORAN 47:30)

SHARE

3. Al-Alaq (maksud solat dan pendusta)

Bahagian pertama Allah mengingatkan kembali perjanjian dan menuntut manusia meneliti kembali bukti-bukti Allah telah memenuhi janji-Nya secara kajian ilmiah ke atas penciptaan dan perbandingannya keterangan Allah di dalam al-Quran. Bahagian kedua Allah menerangkan manusia enggan kerana merasa cukup berpuas hati dengan kehidupannya dan tidak mahu berubah menjadi lebih baik. Pada bahagian ini Allah menghubungkan bahagian 1 dan 1, dan menggambarkan kelakuan melampaui batas yang telah dilakukan manusia.

(ارءيت) Apakah pandanganmu (الذى) orang-orang yang (ينهى) melarang (96.9) (عبدا) hamba (اذا) apabila (صلى) solat? (96.10) (ارءيت) Apakah pandanganmu (ان) jika (كان) ia adalah (على) di atas (الهدى) kebenaran (96.11) (او) atau (امر) ia mengajak (بالتقوى) untuk keadilan? (96.12) (ارءيت) Apakah pandanganmu (ان) jika (كذب) dia mendustakan (وتولى) dan berpaling? (96.13) (الم) Apakah tidak (يعلم) dia ketahui (بان) bahawa (الله) Allah (يرى) melihat? (96.14)


Gambaran Solat


Secara pemahaman melalui kehidupan yang praktikal, saya tidak dapat menghubungkan maksud 'solat' dengan penerangan bahagian pertama dan kedua. Apakah kaitannya amalan ritual dengan konteks keseluruhan cerita dan ayat selepasnya yang berkaitan kebenaran, keadilan dan kezaliman?Sangat mengelirukan ....

Terdapat beberapa terjemahan lain ke atas maksud solat.. Al-Muntakhab menjelaskannya sebagai 'religious observances'. The Monotheist Group sebagai  'making the contact'. Ahmed Ali sebagai 'his devotions', dan Shabbir Ahmed sebagai 'to follows the Divine Messages'. Yang terakhir ini lebih munasabah diterima dengan konteks cerita yang terkandung di dalam Surah al-Alaq.

Bagaimana pula penerangan maksud solat melalui ayat-ayat lain di dalam al-Quran? Kaedah tafsiran al-Quran melalui ayat-ayat al-Quran itu sendiri...

Dan burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui solat (صَلَاتَهُ) dan tasbihnya... (24.41)

Kini apakah kaitannya burung yang terbang berbaris di angkasa melaksanakan solat? Mungkin dapat membuat sedikit perbandingan keterangan Allah dengan penerangan video di bawah, dan mendapat sedikit gambaran mengenai solat.

Dan (ingatlah) misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (59.21)

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; (2.26)


manusia itu 'umat yang satu' (2.213)

Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Ia menjadikan manusia 'umat yang satu'. Tetapi mereka terus-menerus berselisihan, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu... (11.118-119)

Dan tiadalah manusia pada mulanya kecuali 'umat yang satu'. Kemudian mereka berselisih. Dan kalau tidaklah kerana ketetapan terdahulu dari Tuhanmu, tentulah telah diputuskan di antara mereka mengenai apa yang mereka perselisihkan itu.(10.19)



Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat (yang satu) seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini... (6.38)


You're reaching for the star
I know that is hard
For good times and what we wished
You can hold my hand
I'll be by your side
We'll wait until our dreams come true



Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya. (29.43)

Inilah sedikit gambaran solat yang diceritakan melalui al-Quran. Ianya lebih bermaksud memelihara perpaduan, teamwork dan bagi mencapai unity in diversity, 'manusia satu umat'; Sebenarnya orang-orang yang beriman (righteous people) itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (49.10) ... Bagaimana mencapai semua ini pastilah memerlukan ilmu, kepimpinan, toleransi sesama manusia, kebebasan cara hidup menurut al-Quran dan kesedaran menyeluruh agar masing-masing menegakkan keseimbangan serta mencapai keharmonian yang menyeluruh.

BACALAH apa (ilmu) yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan tegakkanlah SOLAT (kewajipanmu dari al-Quran - Ad-Din - Perjanjianmu); sesungguhnya SOLAT (menegakkan kewajipanmu dari al-Quran- Ad-Din - Perjanjianmu) itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar (dalam diri); dan sesungguhnya mengkaji (penciptaan) Allah adalah lebih besar (kesannya ke atas pembangunan diri dan negara); dan Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (29.45)


Penghalang Kebenaran & Keadilan


(كلا) Jangan! (لئن) Jika (لم) tidak (ينته) dia menghentikannya (لنسفعا) nescaya kami menarik (بالناصية) melalui ubun-ubunnya (96.15).

to be updated....