Share

YOU CAN EASILY RECOGNIZE THEM (56:7) BY WHAT THEY ARGUE (KORAN 47:30)

SHARE

Maksud mentaati Rasul

Saya menerima dan tidak menolak hadis. Jika saya menolak hadis, maka tiada bezanya saya dengan amalan mana-mana agama pada hari ini. Ianya adalah 'sectarianism' atau 'religionism' . Oleh itu saya menerima dan tidak mendiskriminasikan hadis.

Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belahkan cara hidup (دِينَهُمْ) dan mereka menjadi berpuak-puak/ beragama/ bermazhab (شِيَعًا) tiadalah engkau terkait sedikitpun dengan mereka...(6.159)

Bagi kamu sistem hidup kamu (sectarianism, beragama, berpuak, bermazhab, bigotism), dan bagiku sistem hidup aku (manusia itu 'umat yang satu' (2.213) - unity in diversity) (109.6)


Al-Quran dan Maksud Mentaati Rasul


Bagi saya ayat 'mentaati Allah dan RasulNya' di dalam al-Quran adalah merujuk kepada menuruti dan mentaati al-Quran. Ini kerana al-Quran diturunkan dalam bentuk wahyu yang diucapkan melalui Rasulullah. Oleh itu adalah mustahil masyarakat beragama dan golongan Ahli Kitab; yang beribu tahun mengamalkan agamanya, berupaya menerima al-Quran itu dari Allah kecuali beriman bulat-bulat kepada ucapan Rasul yang menyampaikannya.

Sehubungan itu maksud sebenar mentaati Rasul di dalam al-Quran adalah mentaati al-Quran itu sendiri. 

Al-Quran itu ucapan Rasul yang menyampaikannya, dan al-Quran itulah hadis sebenar; Allah telah menurunkan sebaik-baik hadis (الْحَدِيثِ) iaitu Kitab Suci Al-Quran (39.23). Allah tidak pernah menyuruh kita beriman kepada imam-imam atau selainnya, dan tanpa "tugas" menyampaikan wahyu Allah, Rasulullah sendiri adalah orang kebiasaan seperti kita. Keutamaan Rasulullah adalah "tugasan atau jawatannya", bukan "dirinya."; Mereka menjadikan ulama-ulama (cendiakawan keagamaan) dan keagamaan mereka sebagai tuhan selain dari Allah (9.31). Oleh itu ianya tiada kena mengena dengan keterangan kata dengar (hearsay) yang mustahil dibuktikan kebenarannya, dikumpulkan orang luar serta dijadikan berbentuk bertulis melebihi 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah.



Fakta Hadis


Saya menerima hadis, dan secara khususnya saya menerima semua yang adil, dan walau daripada mana jua sumbernya. Dan saya menolak semua ketidakadilan, walau daripada mana jua sumbernya. Bagi saya adil atau ketidakadilan tiada label keagamaan dan ianya bersifat universal. Saya hanya mementingkan apa yang benar dan salah.

Tiada paksaan dalam cara hidup (din) kerana telah nyata yang benar (adil) dari yang salah (tidak adil) (256)

Oleh itu cuma ada dua persoalan dalam hidup saya, adil atau ketidakadilan. Objektif terakhir ialah keseimbagannya mengikut prinsip yang terkandung di dalam al-Quran dan alam (sunnatullah). Inilah yang saya amalkan. Tiada pilihan selainnya, dan tidak mungkin saya mentaati kezaliman hanya semata-mata ianya dilabelkan sebagai hadis? Tidak mungkin.


Syirik

Semua ini juga kerana al-Quran menerangkan bahawa sesiapa yang bersama beriktikad melalui persaksian hadis yang bercanggah atau membatalkan hukum-hukum yang jelas di dalam al-Quran adalah mengamalkan syirik. Bagi saya mereka menyekutukan Allah. Ini yang saya faham.

Katakanlah: “Bawalah saksi-saksi (cth. periwayat) kamu memberi keterangan (cth. melalui hadis) bahawa Allah mengharamkan ini”. Kemudian jika mereka menjadi saksi (cth. melalui periwayatan hadis), maka janganlah engkau turut sama membenarkan mereka (cth. secara iktikad beragama atau mazhab); dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sedang mereka pula menyamakan (yang lain) dengan Tuhan mereka (syirik). (6.150)

Dan syirik pula adalah satu dosa yang tidak diampunkan.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya, dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. (4.48)

Dalam keadaan ini saya tiada pilihan kecuali berserah diri bulat-bulat kepada keterangan Allah di dalam al-Quran, samada dakwaan cerita hadis itu adalah benar mahupun salah. Rasulullah sendiri tidak boleh melakukan bid'ah; Kalaulah (Nabi Muhammad) mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan, sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta) (69.44-46). Oleh itu seperkara yang boleh menjadi petuntuk adalah al-Quran itu sendiri, dan elemen-elemen adil, ketidakadilan dan keseimbangannya.



Keraguan Keterangan Hadis

Dalam pada itu saya juga menyedari kemungkinan besar cerita hadis itu bukanlah benar-benar terbukti sebagai ucapan Rasulullah, tetapi sekadar ucapan imam-imam yang merekodkanya. Macam-macam yang boleh berlaku dalam tempoh 250 tahun, dan banyak bukti dan penulisan yang kita boleh perolehi sendiri. Dahulunya saya minat mengkaji isu sebegini tetapi tidak lagi.


Tidak perlu menolak semua hadis

UIA, Malaysia
Oleh itu semuanya tidak relevan kepada hidup saya. Dan tidak juga perlu dibantah ke atas mereka yang hendak mempercayai semua hadis, atau apa sahaja yang mereka hendak percaya. Berikan kebebasan dan tidak perlu membantah selagi tiada jenayah keagamaan. Persoalan utama ialah samada adil atau tidak adil menurut keterangan al-Quran. Itu sahaja... dan usaha untuk menilai kembali keterangan hadis telah bermula di institusi-institusi pengajian tinggi.

Oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu, yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (39.17-18)

Cukuplah setakat ini, dan saya mungkin akan kemaskini post ini pada dari masa ke semasa...