Share

YOU CAN EASILY RECOGNIZE THEM (56:7) BY WHAT THEY ARGUE (KORAN 47:30)

SHARE

Falsafah Solat & Wudhuk

Saya melihat Islam dari perspektif kehidupan praktikal dan sebagai Ad-Deen, iaitu cara hidup... cara hidup ketika ini, dan bukanlah kehidupan pada masa lalu, bukan kehidupan pada masa hadapan, dan bukan juga kehidupan pada hari akhirat. Ad-Din adalah sekarang, hari ini... dan bukannya ilusi yang siapa pun tidak dapat tentukan hakikat atau kebenarannya.

Oleh itu, saya merasa sangat sukar menerima alasan solat ritual berupaya mencegah perbuatan keji dan mungkar; solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar (29.45). Apa boleh buat? Iman dan kepercayaan bukanlah seperti pakaian yang boleh dipakai dan dibuang sesuka hati. Ianya sesuatu yang datang dari dalaman dan di luar kawalan saya; Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya (2.286), dan saya juga tidak merasa selesa untuk berpura-puran menipu diri sendiri.

Berikutan itu saya mempercayai solat ritual mempunyai maksudnya tersendiri. Ianya seperti kod yang diprogramkan dalam pergerakan tertentu bagi memastikan mesej-mesej penting dapat disampaikan beribu-ribu tahun lamanya. Ini adalah satu kebiasaan, dan sepertimana juga orang-orang dahulu membuat berhala atau lukisan pada dinding gua bagi menyimpan mesej tertentu. Ini kerana pada zaman dahulu tidak ada kertas atau pun komputer untuk mereka menyimpan data.

Sehubungan itu saya mempercayai satu bentuk falsafah berkaitan solat dan wudhuk, yang mana saya percaya boleh mengingatkan sesiapa sahaja untuk sentiasa memperbaiki cara hidup mereka apabila bersolat. Ianya sekadar falsafah supaya solat menjadi lebih beerti, dan supaya solat tidak menjadi sekadar ritual yang tidak membawa sebarang maksud dan perubahan di dalam kehidupan.

Walaubagaimanapun semua di sini tidaklah penting, sekadar membuat sesuatu dengan lebih bermakna. Dan saya tidak mengambil kisah sangat amalan-amalan ritual. Apa sahaja amalan yang membersihkan hati semuanya bagus, dan semuanya akan membawa manusia kepada Pencipta Yang Satu. Biarlah di dalam Islam... mahupun di dalam agama-agama lain. Seperkara yang pasti, amalan Islam dan keadilan itu tiada label, tiada monopoli, dan Allah bukan bersifat perkauman, dan tidak juga mempunyai agama.




Falsafah Berwudhuk


Dan ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (14.7)

Air : Melihat air dan berniat muhasabah diri melalui amalan berwudhuk serta bertaubat melepaskan diri dari segala bentuk syirik, yang nyata mahupun halus tersembunyi; Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu (dengan pilihannya sendiri) dari golongan yang sesat". (15.39-42)

Niat : Berniat memohon taubat kepada Allah dan bersyukur kerana diberikan cara kehidupan yang sempurna lagi sesuai untuk memahami petunjuk Allah kepada jalan kebenaran.

Basuh tangan: Berniat mensucikan dosa tangan melakukan keji dan mungkar, dan bersyukur diberi pertolongan Allah

memohon pertolongan Allah agar amalan tangan digunakan bagi membawa kebaikan serta manfaat kepada semua manusia.

Berkumur: Berniat mensucikan dosa mulut menuturkan kemunafikan diri, dan memohon pertolongan Allah agar amalan mulut digunakan bagi membawa keharmonian serta kegembiraan semua manusia.

Basuh muka: Berniat mensucikan dosa bermuka-muka kepada Allah dan manusia, serta memohon pertolongan Allah agar amalan muka sentiasa ikhlas dan redha menerima apa jua dengan hati yang terbuka.

Basuh lengan: Berniat mensucikan dosa lengan yang bersubahat melakukan keji dan mungkar secara nyata mahupun tersembunyi, dan memohon pertolongan Allah agar amalan lengan membantu...

Basuh dahi: Berniat mensucikan dosa dahi yang tunduk mentaati golongan sesat dan kufur ingkar kepada Allah, serta memohon pertolongan Allah agar amalan dahi tunduk mentaati keseimbangan, keadilan dan keharmonian hidup semua manusia.



Kita berikrar untuk tidak tunduk patuh pada kezaliman dan kejahatan. Dahi kita adalah bersih dan hanya sujud kepada Allah.

Basuh telinga
Kita tidak mendengar perkara yang buruk, fitnah dan segala perkara yang mengakibatkan perpecahan manusia. Kita sentiasa mendengar ayat-ayat Allah yang mengajak kepada keadilan dan kesejahteraan manusia sejagat.

Basuh kaki
Jalan yang kita tuju hanyalah kepada keredhaan Allah semata-mata, bukan kepada jalan syaitan dan kejahatan. Kita berjalan lurus di atas jalan yang benar, tanpa mengendahkan apa-apa sahaja yang berlaku di dunia ini.

Tidak batal wudhu
Kita istiqamah menjaga semua di atas, dan memastikan siap sedia untuk campur ke dalam masyarakat dan menegakkan solat. Hanya setelah kita melakukan semua di atas, barulah kita layak menegakkan solat. Tidak mungkin kita bersolat tanpa wudhuk.

Berdiri
Kita telah arif dengan hukum-hukum Allah dan cara mencapai keseimbangan di dalam al-Quran. Hanya 20% kandungan al-Quran hukum dan 80% adalah bagaimana hukum itu dilaksanakan. Maka itu, kita mestilah telah menyucikan diri dengan berwudhuk.. iaitu telah kenal diri dan mencapai hikmah dalam mencapai keseimbangan kehidupan melalui hukum-hukum Allah. Kesimpulannya, seseorang itu telah mengimbangkan unsur api, dan menjadi api yang bermanfaat kepada semua makhluk Allah.

Rukuk
Kita mengamalkan apa yang kita ketahui dengan bersungguh-sungguh, menyejukkan manusia dengan kebaktian. Matlamat hidup kita adalah untuk mensejahterakan kehidupan diri, keluarga dan manusia. Kita semua bermula daripada Nabi Adam, dan dibanyakkan oleh Allah.. dan kita mesti kembali menjadi satu, iaitu Nabi Adam. Manusia itu adalah umat yang satu. Kesimpulannya, seseorang itu telah mengimbangkan unsur angin, dan menjadi angin yang bermanfaat kepada semua makhluk Allah.

Duduk
Kita telah dapat mendengar setiap saraf dan sel kita berzikir memuji Allah. Kita telah dapat berkomunikasi dengan alam, memahami Sunnnatullah. Kita dapat mengerti bahasa pokok, bahasa binatang dan memahami bagaimana berasimilasi dengan semua makhluk Allah. Kita telah mula mengenal nikmat, dan dengan hanya mengenal nikmat, baru kita dapat "bersyukur" kepada Allah. Tanpa mengenal nikmat, maka kita akan sama sekali dapat bersyukur kepada Allah. Kesimpulannya, seseorang itu telah mengimbangkan unsur air, dan menjadi air yang bermanfaat kepada semua makhluk Allah.

Sujud
Kita telah sedar Allah itu Ahad. Allah itu Ahad adalah Muhkamat, bagaimana Allah itu Ahad ada Mutasyaabihat. Jika Allah itu Ahad (satu), dan Allah itu Samad (tidak bertempat), maka di manakah kedudukan kita ini? Melalui pemahaman ini maka kita telah layak menjadi Khalifah, yang dapat berkomunikasi dan menjaga seluruh makhluk Allah. Kita telah bersatu dengan alam dan seegala-galanya dan segala yang kita lakukan, adalah diredhai oleh Allah. Matahari bulan bintang adalah sangat dekat kepada kita. Segalanya akan patuh kepada kita kerana kita adalah Sunnatullah. Kesimpulannya, seseorang itu telah mengimbangkan unsur tanah yang di atasnya menjadi kehidupan api, angin dan air, dan menjadi tanah yang bermanfaat kepada semua makhluk Allah.

Salam
Kita telah mejadi hamba Allah yang sebenar-benarnya, membentuk bumi yang membantu kehidupan.... dan akan hidup, dan terus hidup, dan terus hidup, dan terus hidup, dan terus hidup..... selamanya.. di sisi Allah.
Dan janganlah kamu mengatakan sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela deen Allah itu: orang-orang mati
bahkan mereka itu orang-orang yang hidup
tetapi kamu tidak dapat menyedarinya
[2.154]
Bismillah..
Alhamdullillah..
Sadaqallahul Azeem...

Tamatlah perjalanan kehidupan kita dengan sempurna.