Share

YOU CAN EASILY RECOGNIZE THEM (56:7) BY WHAT THEY ARGUE (KORAN 47:30)

SHARE

Din Islam vs. Agama Islam


Islam sebagai AgamaIslam sebagai Din
1.Agama Islam sekadar mengfokuskan kepada realiti subjektif (1) dan hanya bersangkut dengan hubungan peribadi di antara Allah dan manusia.Din Islam adalah realiti objektif (2) dan sistem kehidupan yang menyeluruh.

Wahai orang-orang yang beriman! Tempuhilah cara hidup Islam secara keseluruhannya. (2.208)
2.Setiap pengikut Agama Islam merasa berpuas hati apabila dia telah mewujudkan hubungan dengan Yang Maha Kuasa, dan objektif setiap individu adalah keselamatannya sendiri.Sebaliknya, tujuan Din Islam adalah kebajikan dan kemajuan seluruh umat manusia, dan bentuk serta penyatuan masyarakat yang hidup aman damai akan menunjukkan samada atau tidak masyarakat itu diasaskan mengikut syariat Allah.

Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (2.143)

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (5.8)

Dan Kami turunkan kepadamu Kitab yang membawa kebenaran, untuk membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum (keseimbangan dan keadilan) di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (untuk berpecah-belah daripada menjadi satu umat) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan suatu Syariat (agama) dan cara hidup. Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu, tetapi Ia hendak menguji kamu bagi apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (hidup harmoni dan bersatu). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.(5.48)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya. (49.13)

3.Agama Islam tidak mampu memberikan sebarang matlamat serta kriteria yang membolehkan kita mengukur samada atau tidak tindakan yang diambil telah menghasilkan keputusan yang dikehendaki.Dalam suatu susunan sosial yang ditadbir oleh Din, pembangunan kehidupan secara keseluruhannya dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa membuktikan samada atau tidak kita telah mengambil keputusan dan tindakan yang betul.
4.Agama Islam menentang pembaharuan dan kajian saintifik serta sangat bermusuhan dengan akal fikiran, supaya ia boleh berkembang tidak terhalang melalui keimanan membuta tuli.Din Islam memerintahkan pembangunan akal fikiran manusia dan ilmu pengetahuan, memberikan kebebasan penuh untuk menerima atau menolak berdasarkan alasan dan hujah, dan Din Islam menggalakkan penyelidikan serta penemuan semua fenomena semula jadi untuk menerangi jalan kehidupan manusia dan perkembangan menurut nilai-nilai kehidupan yang abadi, dunia dan akhirat.

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun dengan akal fikirannya. (8.22)

Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit (ilmu sains etc) lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya (ilmu sains etc) . Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada yang hitam pekat (ilmu sains etc). Dan demikian di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya. (ilmu sains etc) Sesungguhnya yang mengagumi Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah orang berilmu (saintis dan pakar, ie. ulama . الْعُلَمَاءُ). Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (35.27-28)
5.Agama Islam menuruti apa-apa sensitiviti dan sangkaan manusia (tanpa perlu dibuktikan melalui fakta) dan mendorong amalan-amalan sebegini.

Dia lah yang menurunkan kepadamu Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat Muhkamaat (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat Mutasyaabihaat (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing). Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan (meninggalkan ayat mutasyaabihat) melainkan orang-orang yang berfikiran. (3.7)
Din Islam bertujuan membawa manusia ke jalan hidup yang harmoni dengan realiti kehidupan sebenar, berdasarkan bukti-bukti yang nyata.

Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran. (53.28)

Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf (atau tidak endahkan untuk membaca), mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ahli-ahli agama) dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. (2.78)

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (6.116)
6.Pada setiap zaman, Agama Islam memperkenalkan pelbagai bentuk idola baru (kitab, ulama, pemimpin, mazhab, ideologi dsbnya) dan dengan janji mumbo-jumbo untuk sentiasa menjaga perhatian rakyat dari masalah kehidupan realiti yang sebenar.

Mereka menjadikan ulama-ulama dan keagamaan mereka sebagai tuhan selain dari Allah (9.31)

Katakanlah: “Bawalah saksi-saksi kamu (periwayat palsu) memberi keterangan (hadis palsu) bahawa Allah mengharamkan (benda-benda yang kamu haramkan) ini”. Kemudian jika mereka menjadi saksi, maka janganlah engkau turut sama (bermazhab) membenarkan mereka mereka; dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka (ie.syirik). (6.150)

Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum? Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab yang kamu baca dan pelajari? Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih? Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan? Bertanyalah kepada mereka: “Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?” Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (syirik), maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang-orang yang benar. (68.36-41)

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa. Yang mendengar bersungguh-sungguh, sedang kebanyakan beritanya adalah dusta. Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat, tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya? (26.221-226)
Tetapi Din Islam adalah rasional dan radikal: ia memecahkan semua bentuk idola (mushrik - idolaters - pengidola), lama dan baru, dan tidak pernah berubah dalam prinsipnya.

Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang (bentuk) syirik". Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat." (15.39)

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada (perintah dan larangan) Tuhan mereka (di dalam al-Quran). (16.99)

Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah. (16.100)

Dan pada hari itu mereka menyerah diri bulat-bulat kepada (perintah dan larangan) Allah, maka hilanglah dari mereka apa yang selalu mereka ada-adakan. (16.87)
7.Agama Islam mengaruhkan rasa ketakutan ke dalam minda manusia secara berkekalan dan bertujuan untuk menakutkan manusia supaya mereka tunduk patuh membuta tuli kepada ahli-ahli agama.Walaupun Din Islam menggunakan rasa ketakutan ke atas manusia bagi menghalang segala bentuk syirik, tetapi Din Islam menuntut manusia supaya menjadi berani, dan teguh pendirian menolak segala bentuk idola yang bercanggah dengan al-Quran.

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah/ taati/ turuti, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. Lemah yang meminta, dan lemah yang diminta. (22.73)

Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan. (29.41)

8.Agama Islam menggesa manusia sujud menyembah setiap kerusi kuasa dan prestij, dalam situasi keagama dan situasi duniawi.

Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. (33.67)

Katakanlah: “Serukanlah orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapat memindahkannya”. orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti. (17.56-57)
Din Islam menggalakkan manusia untuk berjalan dengan tegak kepalanya, dan mencapai keyakinan diri bagi menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. Katakanlah: “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad di jalan Allah, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (9.23-24)  - (Keseimbangan: 31.14-15)


9.Agama Islam mendorong manusia untuk melarikan atau mengasingkan diri dari perjuangan hidup.Tetapi Din Islam menyeru manusia untuk menghadapi realiti kehidupan secara seimbang dan tepat, dan walau apa jua bahaya bakal ditempuh.
10.Agama Islam menganggap keduniaan sebagai penghinaan dan menyeru manusia untuk meninggalkan segala bentuk keduniaan. Ia menjanjikan syurga di akhirat sebagai balasan manusia menolak kehidupan dunia material.Din, pada sisi lain, menyuruh penguasaan segala perkara dan membawa manusia ke tahap yang tidak terhingga pencapaiannya. Ia menasihati manusia untuk mendapatkan kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia ini, dan juga kebahagiaan dalam akhirat hidup. Dunia adalah ladang akhirat. Tiada dunia, tiada akhirat.

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya (bebas dari apa jua bentuk syirik), kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi (membuat kajian dan memperolehi keyakinan daripadanya), serta mereka berjuang dengan harta benda (orang yang berharta) dan jiwa (orang yang berkemahiran dan berpengaruh) mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (49.15)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka (bebas daripada syirik); dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman (berilmu dan berupaya membuktikan secara nyata tanda-tanda pada alam semesta), dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah (tidak dapat dipengaruhi). (8.2)
11.Agama Islam menggalakkan kepercayaan penuh kepada takdir, dan keadaan minda sebegini menghalang pembangunan diri serta menjadikan manusia cenderung untuk tidak mengambil tindakan aktif menyelesaikan masalah.Din Islam memberikan kuasa kepada manusia untuk mencabar takdir, dan membekalkan tenaga untuk hidup dalam aktiviti dan pembangunan diri.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada (takdir) sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri (takdir) mereka sendiri. (13.11)
12.Agama Islam bertujuan memberi keselesaan kepada pihak yang lemah, yang tidak berdaya dan ditindas, dengan kepercayaan bahawa segala urusan dunia ini ditadbir oleh Kehendak Tuhan, dan bahawa keredhaan dan pengunduran dapat membantu untuk menimbulkan perasaan cinta mereka kepada Allah. Pengajaran sebegini secara semula jadi menjadikan manusia cenderung kepada kehidupan serta keadaan minda yang negatif dan tidak sihat, dan membuka ruang kepada pemimpin Agama Islam keupayaan mentafsirkan kehendak Tuhan, dan secara salah laku serta sewenang-wenangnya meyakinkan penganut untuk penyerahan bulat-bulat dan sepenuhnya.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara ulama-ulama dan ahli-ahli ugama memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (9.34)

Din, di sisi lain, menegakkan bendera penentangan ke atas segala bentuk penyimpangan, ketidakseimbangan, kezaliman dan eksploitasi. Ia menyeru yang lemah dan tertindas untuk menuruti hukum-hukum Ilahi dan dengan itu menuntut untuk mewujudkan suatu aturan sosial hidup, di mana semua pihak yang zalim dan penindas akan dipaksa untuk menerima telunjuk hak dan keadilan. Dalam aturan sosial ini, tidak ada tempat untuk "prestij' berupa diktator, kapitalis atau imam. Mereka semua musuh-musuh Din, mengikut ketetapan Allah di dalam al-Quran.
13.Agama Islam menyuruh membuang masa hidup dengan pelbagai bentuk meditasi dan di atas nama ibadah, dan dengan itu mengetepikan perintah dan larangan al-Quran serta mendorong penipuan diri sendiri sebagai orang yang telah menjadi muslim dan beriman.

Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir (40.4)
Din Islam menasihati lelaki untuk menegaskan diri mereka dan berjuang sentiasa bagi penubuhan Perintah Ketuhanan, dan menikmati kesejahteraanya apabila matlamat dicapai. Ibadat dalam Din Islam benar-benar bermakna ketaatan kepada hukum-hukum Allah bagi membangunkan kehidupan manusia sejagat.
14.Agama Islam mengerutkan dahinya dan mengejek pada segala sesuatu seni dan keindahan.Din Islam menentang orang-orang yang melarang daripada keseronokan (kesyukuran) bagi menikmati segala perkara yang tidak memudaratkan orang lain, dan bagi menikmati keindahan hidup yang Allah telah menjadikannya untuk dinikmati oleh manusia. Kejadian alam semesta telah cukup membuktikan Allah sukakan keindahan, warna warni dan pelbagi bunyi. Ianya menggambarkan kesenian.
15.Agama Islam mengutuk semua yang baru dan mengisytiharkan semua inovasi seperti dosa.Din Islam berpendapat bahawa keperluan dan tuntutan kehidupan manusia sentiasa berubah dengan perubahan keadaan hidup serta keseimbangannya (adil). Oleh itu, perubahan dan inovasi adalah dituntut oleh sifat kehidupan itu sendiri. Hanya undang-undang Ilahi (al-Quran) yang tidak boleh diubah.


Kini kita dapat melihat dengan jelas perbezaan asas antara Din Islam dan Agama Islam. Islam ertinya berkata "Ya" kepada kehidupan; manakala Agama Islam berkata "Tidak"!

___________________________________

[1] Objective Reality (OR) is the perspective that you’re the character in the dream world, and the dream world is solid, real, and objective.  An OR person wouldn’t normally think of the physical world as a dream at all — they accept the (socially conditioned) notion that the dream world is reality itself.  The objective world itself is seen as the basis for knowledge.  Note that there can be no proof whatsoever that this is how reality actually works; it’s one giant unprovable assumption.  It’s also not falsifiable.

[2] Subjective Reality (SR), as I describe it, is the perspective that your true identity is the dreamer having the dream, so you are the conscious container in which the entire dream world takes place.  Your body-mind is your avatar in the dream world, the character that gives you a first-person perspective as you interact with the contents of your own consciousness.  But that avatar is no more you than any other character in the dream world.  This perspective is also not objectively falsifiable, so it cannot be proven wrong.  However, I find it a very rich and empowering way to interact with the dream world of reality on multiple levels.